Mengenai Kami
- ▼Apakah keunikan Cosmic Cookware?
- Peralatan Memasak kami 100% bebas-kimia dan mempunyai bahan yang kuat untuk memastikan kuali anda tidak tergelincir bila di atas dapur masak. Ia juga mempunyai saiz & reka bentuk yang sangat serba boleh. Ini menjadikan Cosmo Pan kami sesuai untuk pelanggan yang ingin membeli kuali pertama mereka dan untuk keluarga yang mencari kaedah memasak yang lebih sihat untuk semua tahap kepakaran.
- ◄Apakah maksud bila anda menyatakan bebas-kimia?
- Sebilangan besar kuali tidak-lekat komersial mengandungi PTFE (seperti Teflon®), PFOA atau logam berat yang akan dilepaskan setiap kali kuali itu didedahkan kepada suhu tinggi. Ini akan menimbulkan risiko kesihatan yang besar untuk keluarga anda jika digunakan dalam jangka masa panjang. Cosmo Pan kami bebas daripada sifat-sifat kuali komersial biasa yang tersebut, dan adalah 100% bebas-kimia.
- ◄Adakah kuali anda mempunyai saiz yang berbeza?
- Buat masa kini, kami hanya menawarkan 1 ukuran sejagat sahaja (Kuali berdiameter 28cm) kerana saiz ini cukup serbaguna untuk pelbagai kaedah memasak. Dari satu sehingga enam hidangan, Cosmo Pan kami memang sesuai untuk setiap orang!
Bahagian Umum
- ▼Kemanakah anda menghantar peralatan memasak anda?
- Kami boleh menghantar ke seluruh Malaysia.
- ◄Apakah kaedah pembayaran yang diterima anda?
- Kami menerima kad kredit / debit, Visa & Master, e-wallet, online banking & juga PayLater by Grab dimana anda dibenarkan membuat bayaran pada bulan hadapan ataupun dalam ansuran 4 bulan.
- ◄Saya tidak menerima nombor penjejakan!
-
Kami memerlukan sedikit masa persiapan untuk setiap pesanan yang akan dihantar. Setelah membuat pesanan dan bayaran anda, anda akan menerima e-mel pengesahan daripada Cosmic Cookware. Sila memberikan masa 24 sehingga 72 jam selepas penerimaan e-mel tersebut untuk penghantaran barangan daripada gudang kami. (Proses ini mungkin dipengaruhi oleh keadaan MCO).
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan yang lain, sila menghantarkan e-mel kepada kami di hello@cosmiccookware.com.
- ◄Pembatalan Pesanan
- Pembatalan pesana hanya boleh dilakukan dalam tempoh masa 24 jam setelah membuat pesanan. Sila e-mel kepada kami di hello@cosmiccookware.com supaya boleh diproses oleh kami.
- ◄Adakah anda menerima pulangan / pertukaran barang?
- Kami menerima pengembalian barang untuk pertukaran sekiranya terdapat kecacatan pengeluar bila peralatan memasak Cosmic Cookware diterima anda. Sekiranya anda menghadapi masalah dengan peralatan memasak anda, sila menghantarkan gambar atau video mengenai masalah tersebut kepada hello@cosmiccookware.com.
- ◄Berapakah harga penghantaran anda?
- Anda boleh menyemak maklumat penghantaran kami di sini.
Arahan Penjagan untuk Peralatan Cosmic Cookware Anda
- ▼Setelah menerima produk anda..
-
Kami telah memasukkan kad penjagaan di dalam pesanan anda untuk menolong anda menyediakan kuali Cosmo Pan dengan kaedah yang betul supaya kuali anda berfungsi sebagaiman mestinya.
Setelah menerima kuali anda, anda harus:
Membasuh kuali anda dalam air berbuih yang panas sebelum diguna. Bilas dan keringkan sehingga bersih.
Sila "membumbui" kuali anda sebelum digunakan untuk kali pertama. Untuk membumbui kuali anda, panaskan kuali dengan api yang kecil selama 30 saat. Angkatkan dari dapur masak dan masukkan satu sudu minyak sayuran ke dalam kuali. Gosokkan minyak tersebut di seluruh bahagian kemukaan memasak dengan tuala kertas.
Biar diduduk sehingga anda perlu menggunakan kuali anda.
- ◄Adakah Cosmo Pan memerlukan penjagaan khas?
-
Tiada penjagaan khas yang diperlukan. Walau bagaimanapun, sila ikuti arahan penjagaan yang disertakan dalam pesanan anda dengan teliti supaya kesahan jaminan dijagai.
Sekiranya anda telah hilangi arahan penjagaan anda, anda boleh merujuk di sini:
Biarkan peralatan memasak disejukkan sampai suhu bilik sebelum dicuci.
Jangan mengalirkan air sejuk atau merendamkan kuali di dalam air sejuk.
Jangan masukkan air sejuk ke dalam kuali yang panas.
Sila membasuh peralatan memasak anda dengan tangan dengan air panas atau air yang membuih. Bilas dan keringkan sehingga bersih.
Untuk menghilangkan minyak gris degil, rendamkan kuali anda di dalam air membuih yang panas selama beberapa jam. Kemudian, gosokkan dengan span lembut.
JANGAN mengguna bulu keluli di atas permukaan kuali.
Baking Soda boleh digunakan untuk menghilangkan minyak gris.
- ◄Waranti 2-Tahun (Terhad) untuk Cosmo Pan anda
-
Jaminan komersial ini tidak menjaminkan kerosakan yang disebabkan oleh hentakkan, penggunaan yang tidak betul, kegagalan untuk mengikuti arahan penggunaan dan penyelenggaran, atau akibat pengubasuaian dan pembaikan yang tidak sah. Ini juga termasuk keausan produk biasa, dan juga kes-kes berikut:
- Pendedahan kepanasan yang terlalu hangat dalam masa yang panjang atau ketika kuali yang kosong
- Noda, perubahan warna atau calar di bahagian dalam atau luar yang disebabkan oleh cucian dengan bulu keluli, memasak dengan perkakas logam / tajam seperti spatula logam atau pisau, menjatuhkan kuali atau penutup tersebut dan lain-lain
- Penggunaan profesional atau di tempat kerja - produk diketuk atau dijatuhkan
- Kerosakan akibat renjatan terma
Perincian Jaminan Tidak-Lekat Peralatan Memasak:
Salutan tidak-lekat juga dijamin untuk tempoh masa 2 tahun daripada melepuh dan mengelupas. Walau bagaimanapun, jaminan ini tidak merangkumi kerosakan atau pelekatan akibat penggunaan cara yang salah dan juga seperti kes-kes yang disenaraikan di atas.